Thursday, August 11, 2011

Bersabar Taat pada Allah

"Bersabar taat pada Allah,
Menjaga keikhlasannya,
Semoga dirimu, semoga langkahmu,
Diiring oleh Rahmat-Nya,
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu,
Semoga diberkahi Allah"

-Alhamdulillah Opick ft Amanda

Bersabar dlm mentaati Allah, solat 5 waktu, diulang ulang tanpa jemu, sepanjang hidup..hanya kerana-Nya ..Bersabar berbuat baik kpda kedua org tua, walau mcm mana keadaanpon yg berlaku, si anak tiada hak utk tidak berbuat baik pada ibu bapa, jadi bersabarlah berkhidmat dn berbuat baik pada ibu bapa smpai akhir hayat kita.

Bersabar dlm mengamalkan cara kehidupan Nabi Rasulullah s.a.w. Memang asing sekali pandangan org terhadap org2 yg mengamalkn sunnah2 Rasul..maka bersabar mengamalknnya...

Bersabar taat pada Allah..walau mcm mana marah pon kita pada sesuatu keadaan atau pada org...Allah SANGAT sayang org yg menahan kemarahan walaupun dia BERHAK marah...maka bersabarlah dgn mentaati Allah...

Bersabar beribadah kpda Allah, hanya utk mencari redha-Nya....walaupun begitu byk yg kita nak dlm dunia ni....beribadah hanyalah kerana nak redha Allah..jadi bersabarlah smpai dtg pertolongan Allah lambat atau cepat, di dunia atau akhirat....

Sabar sabar sabar......sesungguhnya Allah turut bersama sama dgn org2 yg bersabar..Alhamdulillah~

Thursday, July 21, 2011

Penyakit Penyakit Jiwa

Assalamualaikum....

Kesedaran mengenai kepentingan kesihatan dalam kalangan masyarakat awam semakin meningkat. Gaya dan amalan kehidupan masyarakat yang tidak sihat adalah salah satu faktor rendahnya kadar individu panjang umur dalam sebuah populasi. Penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit buah pinggang menyerang mangsa tidak kira umur, telah ramai mangsa yang masih muda dan mentah meninggal seawal usia bawah 40-an. Akibatnya, masyarakat awam kini lebih cakna mengenai perkembangan industri ubat-ubatan tidak kira sama ada ubatan tradisional atau moden.

Namun begitu, sedang meningkatnya kesedaran awam mengenai penyakit jasmani, penyakit penyakit rohani dan jiwa dilupakan dan dipandang sebelah mata. Penawarnya tidak dicari, simptomnya tidak diendahkan. Berikut adalah penyakit penyakit manusia yang digariskan sebahagian ulama:

1) Org Kaya = Kedekut

2) Org Taat = Berlebihan (Ta'sub)

3) Ibadah = Riak

4) Bangsawan = Bangga Diri

5) Cantik = Sombong

6) Ilmu = Lupa

7) Budi = Puji diri

8) Kemuliaan = Menonjol

9) Malu = Lemah

10) Berani = Keterlaluan

11) Pemurah = Menyebut - nyebut

12) Agama = Hawa nafsu

13) Berbicara = Bohong

.......

Allah membuka ruang taubat pada waktu malam bagi yg berbuat dosa siang hari, dan Allah membuka ruang taubat pada siang hari bagi mereka yg berbuat dosa pada waktu malam ...Mari sama2 kita beringat....semoga berjaya~

Allahu, innaka anta tauwwaburrahim!

All The Best & Fighto-oh sahabat sahabatku ^_^

Monday, June 27, 2011

Doa Terhijab

Assalamualaikum w.b.t

Dari Shaqiq Al-Balkhi: "diceritakan suatu hari Ibrahim Adham telah keluar berjalan-jalan di pasar Basrah kemudian datang orang ramai kepadanya. Kata mereka "Kami telah berdoa kepada Allah tetapi tidak diperkenankan!" kemudian berkata Ibrahim Adham: "Doamu terhijab disebabkan sepuluh perkara.."

1. Kamu mengenali Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.

2. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak mengamalkannnya.

3. Kamu mendakwa iblis itu musuhmu tetapi kamu mengikutinya

4. Kamu mendakwa bahawa kamu mencintai Rasul tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnhanya

5. Kamu mendakwa bahawa kamu mencintai syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya

6. Kamu mendakwa kamu takut kepada neraka Allah tetapi kamu tidak meninggalkan dosa.

7. Kamu mendakwa mati itu datangannya benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknye.

8. Kamu sibuk menceritakan tentang aib orang tetapi kamu lupa aibmu.

9. Kamu makan rezeki Allah tetapi kamu tidak mensyukurinya.

10. Kamu mengebumikan jenazah tetapi kamu tidak mengambil iktibar dari semua itu...

Mari sama sama kita renungkan dan bermusabah......

Ya Allah kami selalu menzalimi diri kami, ampunkanlah kami. dan jika Engkau tidak ampunkan kami, maka kami termasuk dalam kalangan orang yang rugi....wallahu'alam

Thursday, June 2, 2011

Keindahan Hadiah Mu

Assalamualaikum w.B.t

Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, “Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku.” Jawab isterinya, “Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu.” (Muslim)


Manusia dicipta atas 2 sebab; 1) beribadah kepada Allah, 2) menjadi khalifah Allah.

Segala perkerjaan yang dilakukan sekira niatnya adalah kerana Allah dan tidak melanggar mana2 hukum syarak adalah ibadah..namun, SOLAT adalah perkerjaan kita yang SEBENAR...sekiranya seorng pelajar sgt risau jika lewat ke kelas, dan rela bergegas untuk pergi dgn seawal mungkin....dan seorang pekerja rela bangkit awal sebelum subuh untuk bergegas ke ofisnya,takut-takut kene pecat dgn 'boss' atas sebab kelewatan...maka amat TIDAK WAJAR jika kita membiarkan segala usaha2 untuk tidak dimarahi oleh cikgu atau 'boss' mengatasi usaha untuk tidak melalaikan solat sekalipun melambatkan solat fardhu kerana HANYA PADA ALLAH KITA TAKUT DAN HARAP.....perlu di'set' dalam minda setiap MANUSIA bahawa "KITA DILAHIRKAN UNTUK SOLAT"...sesiapa yang ingin berjaya dalam kerjaya solatnya, maka dia pasti akan cuba yang terbaik dengan mengawalkan solat, solat berjemaah, berwudhuk dengan sempurna dan melakukan solat mengikut cara Baginda Rasulullah s.a.w...

Semoga berjaya muslimin & muslimat sekalian!
berkejarlah kamu untuk syurga Allah, dengan mencari redha-Nya..

Monday, May 23, 2011

Sedapnye Tido zZZzzZ

Assalamualaikum w.b.t

Sesudah selesai solat sunat ba'diah maghrib, Mohd terus menuju ke dewan utama solat. Kuliyah mghrib telahpun bermula, Mohd agak lambat hadir, kerana doanya yang sangat panjang selepas solat sunat tadi...biasanya doa Mohd lepas solat fardhu lebih panjang, sebab doa lepas solat fardhu hampir sama taraf afdhalnya dengan doa solat tahjud...tapi imam baca doa pendek pulak tadi... (=_=!).. macam2 Mohd mahu dan berhajat dalam kehidupannya, dan hanya Allah yang berkuasa atas sekalian alam dan Maha Mendengar rintihan hamba-hamba-Nya...Mohd hanya mahu yang terbaik untuk kehidupannya, agar dia dapat lebih hampir dengan Allah dan Rasul-Nya.

Adab menyertai majlis ilmu yang sedang berlangsung adalah dengan bertasbih sebanyak 3 kali, tak perlu untuk solat tahiyatul masjid. Mohdpun mula memasang telinga dan mendengar dengan sebaiknya...

"Menurut imam Al-Ghazali, orang yang banyak tidur pada waktu malam akan dibangkitkan dalam keadaan yang fakir!, dan orang yang banyak tidur siang akan hilang keberkatan hidupnya dan keberkatan usia mudanya! fikiranya juga tidak cerdas!." berkata ustaz penceramah tu.

DUSSHHH....Mohd bagaikan terkena tamparan yg hebat, bukan kat pipi, tapi kat batang hidung (mcm mana tu?)...kata-kata (yang disampaikan oleh ustaz) Imam Al-Ghazali yang sudah berkurun lamanya itu bagaikan hidup, dan sangat terkesan dalam jiwa Mohd.

Rasa kesal mula melular dalam hati,...persoalan demi persoalan timbul..adakah berkat hidupku dah hilang? bolehkah aku ambil balik masa yang telah berlalu begitu saja semasa tidur? ohh! RUGINYE!!!...rasa sesal tak sudah sudah..hanya pada Allah Mohd berharap, agar tidak dikurangkan berkat hidupnya...berkat dan redha Allah dalam kehidupan adalah segala-galanya bagi Mohd..

Namun..'its NEVER too late to change..' pepatah ini banyak mendorong Mohd untuk berubah dari buruk kepada baik..tak kire dalam apa jua keadaan dan saat genting..dia yakin, bahawa peluang untuk berubah sentiasa ada dan tak penah terlambat..yakin Mohd bukan pada pepatah ini, tapi pada sifat2 Allah yang Maha indah...Allah Maha Luas pemberian-Nya dan Maha Penyayang....Mohd Yakin, Allah pasti membantunya dalam apa jua keadaan...


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
" dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada-Ku, agar meraka memperoleh kebenaran"-Al Baqarah, ayat 186.
There is no reason to give up!

All the best & Fighto-oh everyone (^_^)v

Wednesday, May 4, 2011

Just Sharing

assalamualaikum w.b.t

Result sem 2 dah kuar...and as expected, pointer makin menurun....namun, ada fail x?? ntahla...huh~ ok..masa untuk beranalisa..patut dh expert beranalisis sbb dh blaja pharmaceutical analysis I =P

Dah 2 sem perkecimpung dlm bidang farmasi, sem 1 dapat GPA=$%.#$% (hahah..like im gonna tell =P )...dan CGPA sem2 menurun as expected lagi...just nak cite.. kesalahan dan kesilapan yg sama berulang utk 2 2 sem tu...huuh..x leh jdi nih...mcm mana nak maju..blaja dari kslapan!

Semasa melangkah masuk permulaan setiap sem...semangat berkobar-kobar...tidur awai..dh rasa mcm org paling sihat dgn amalan kehidupan yg sihat...breakfast x miss..lps subuh x tido..dah siap pre-reading setiap subjek (wooaa!!!...7 star pharmacist!)...mula2 masuk sem je..dah setting minda " sy mesti dh hbs blaja sebelum exam final!"..."sy x akan jdi org last minit lagi!!" ..stategi utk tawan setiap subjek dah dirancang dgn mantap! mcm dah nak perang tentera salib dah!....huuuuhhh....rasa mcm dah pelajar cemerlang dah (walaupun quiz or exam apa2 belum start lagi).....keyakinan nak dpt GPA tinggi mmg tinggi ...iaitu yakin pada Allah.

Walaubagaimanapun,...mcm yg org lain rasa juga (jgn tipu kalau x rasa..)..dari hari ke hari..semangat semakin down..lagi2 lepas tgk result quiz yg sikit lgi nak atas pagar (mmg bawah pagar r result...teruk tahap apa ntah..)..dtg kelas nak tidur je (ni naqib je..org lain x insyaAllah)..buku nota jadi buku lukisan..cantik pulak tu gambar...setiap hujung minggu, dah plan nak study apa..mmg plan nak cover hbs yg tertinggal..tgk2..berjaya cover 10 episode 'one piece"...adoih....tenis mmg x leh tinggal hjng minggu...being a total failure....

HAH!! rasa letih dah jadi failure!! Allah dah tentukan rezeki setiap manusia...Allah Maha Pemurah dan Maha Adil...sbb tu..setiap org mampu utk berjaya Dunia dan Akhirat! sunnatullahnya..kalau x usaha, mcm mna nak berjaya! sbb tu manusia sering menzalimi diri sndiri..boleh jdi, Allah dah tntukan yg terbaik utk dia..tpi sbb kemalasan manusia..sbb2 kelalaian..leka dan tiada kemahuan yg kuat, Allah tentukan apa yg terlayak utk sifat2 manusia tu...MANA BOLEH ORG YG SGT PEMALAS TIBA2 JADI BOSS SYARIKAT!!! dlm muvee ade la..tpi tu bkn realiti..tu lakonan semata mata..jgn tertipu dgn cerita lakonan..walaubagaimana pon..Allah Maha Berkuasa..Allah blh mengangkat sesiapa yg Dia kehendaki, dan jatuhkan sesiapa yg dikehendaki-Nya...jgn pertikaikan sifat harus Allah yg melakukan sesuatu mengikut kehendak-Nya..

YOU'RE DONE FOR!!!
Yeah! you're done for sem dpn!! (dialog mencabar next sem,x phm x pe..) Alhamdulillah..dari sem ke sem..sy dah blh nampak corak blaja yg patut diamalkan...apa stategi yg sesuai utk cara blaja kat sni...walaupun sikit..asalkan ada peningkatan..insyaAllah...yg penting...BLAJA UTK CARI REDHA ALLAH...smpai tahap mana kita btul2 blaja utk cari redha Allah? bkn hanya semata mata nak cemerlang, or dpt pujian org..or nak dpt mcm2 r selain redha Allah...? tu semua bergantung pada diri sendiri..ilmu al-sir...insyaAllah..niat hanya nak cari redha Allah..yg lain tu..kalau ada rezeki,..Allah bgi..klu x..Allah akn bls kat akhirat...kejar akhirat, dunia dtg menyusul insyaAllah..

Rasa sgt bersmngt utk masuk sem dpn (mcm awal sgt je nk semngt...x pe..x salah pon) insyaAllah, kesilapan sem sem lps x akan berulang...tgh cuti2 skang..alhamdulillah..dgn izin Allah, scra x langsung dpt smngt baru....semoga rx9 semuanya berjaya...really hope to see all my friends succeed...succeed in the world and hereafter..

K..mata dah pedih..sbb apa ntah....mngkin sbb mengantuk ...sekian jmpa lagi...all the best! (^_^)v



Tuesday, April 19, 2011

Early Holiday Syndrome


Assalamualaikum....sekarang tgh cuti interyear yg lamanya 5 bln..huuuh...mmg tempoh cuti kali ni luar biasa sikit, sebelum hbs exam lagi semua org dah mula terfikir fikir nak buat apa time cuti,..ada yg gelisah sbb cuti lama sgt, takut duit habis...ada yg cuba memikirkan peluang pekerjaan....ada yg dah tertanya tanya tiket flight ke korea, sabah n etc berapa harga....plan utk rehlah dgn usrah time cuti pon ada gak....ada yg nak kuar berdakwah 4 bln kat india...great!

Memang mcm2 plan yg ada dlm kepala, takut2 waktu cuti dihbskan dgn begitu saje, sbb tu plan awal....

Namun begitu......bila dah mula cuti, datanglah satu perasaan..iaitu rasa "blur" yg melampau...plan dah mcm2..tpi x tahu nak start dgn yg mana satu...tgk kawan2 lain plan....ada smpai nak buat roller coaster blakang rumah?? ada yg nak blaja baking (bgs2)...apa2pon semoga plan2 diorng terlaksana...

Apa yg pnting, jgn biarkan cuti 5 bln ni melalaikan kita..continuously menghadiri majlis2 ilmu agama utk mengisi jiwa...masa ni lah nak eratkan blk hubungan sesama saudara, dan mmbuat hubungan baru (kawen!! =P )...bgi yg masih empunya ibu bapa.,,berkhidmatlah kpd mrka dgn ikhlas,..Rasulullah s.a.w kata, amat rugi org yg masih ada kedua ibu bapanya..tpi still dia x masuk syurga,.maknanya..dgn adanya ibu pada, ada byk source of pahala...

Yang pnting, masa cuti ni, kalau nak buat apa2 pon, pastikan apa yg kite buat ada nilainya di akhirat kelak..kalau nak gi khidmat masyarakat, sbb apa? sbb nak redha Allah, bkn yg selain itu..kalau nak blaja photography ke, apa2 ke..sbb apa? untk diri sndiri or utk kebaikan umat islam? tepuk dada, tanya iman.
sekian, ma'a taufiq wal hidayah, all the best lads! =)

shooting at Broga Hill with my dear little sister once again seems to be a great idea...
insyaAllah