Thursday, November 25, 2010

WW3 @ Perang Dunia Ke-3

video

Musuh menjadikan hiburan sebagai senjata melemahkan Islam = membangunnya kelab2 malam .
Musuh mengaburi kepentingan berjihad = Terciptanya kempen anti-perang(dlm masa yg sama mereka bersiap utk brperang) dan org2 yang berjihad dianggap terrorist.
Musuh menyuruh kita mengikuti kemajuan pembangunan negara mereka agar kita turut maju = pembangunan rohani dianggap remeh dan tiada kepentingan.

Musuh membuat jadual perancangan utk kita ikut = mudah mereka nak hancurkan kita dalam peperangan akan datang.
Namun begitu,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar

Laungan takbir orang2 Muslim dan Mukmin tidak akan lenyap hingga Hari Akhirat.

"Sesungguhnya Allah membeli daripada orang orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itu menjadi janji yang benar daripada Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."-Surah At-Taubah: 111.






Asma Allah S.W.T

video

Tuesday, November 23, 2010

Usaha


Nabi Muhammad pernah bersabda, "kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan." (H.R Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335)

Sultan Muhammad al-Fateh ditakdirkan Allah untuk menawan kota konstantinopel (sekarang dikenali dengan nama Istanbul=Islam keseluruhannya). Baginda adalah sebaik-baik pemimpin, tentera dibawah jagaanya adalah tentera yang baik, dan rakyat yang bernaung dibawahnya adlah rakyat yang baik.

Pernah sekali Sultan Muahammad bertanya kepada gurunya Sheikh Syamsudin Al-Wali," Tuan guru pernah berkata kota konstantinopel pasti jatuh ke tangan saya (mengikut ilmu firasat gurunya sebelum kelahiran Sultan). Tetapi hingga sekarang masih belum ada tanda-tandanya kota itu dapat kita tawan (ketika ini tentera islam sedang mengepung kota konstantinopel), Apakah sebabnya?.....

Gurunya jawab, "Kita berusaha merebut kota itu daripada tentera Rom. Pada masa yang sama tentera Rom pula bersungguh-sungguh mempertahankanya. Tentulah tidak adil sekiranya dengan mudah kita berjaya mengalahkan mereka. Kita mesti berusaha mengalahkan mereka melebihi usaha mereka mengalahkan kita. Baru Tuhan memberikan kemenangan kepada kita."

Dengan penuh semangat Sultan Muhammamad berkata, "Baiklah, saya pasti lipatgandakan usaha bagi mengalahkan tentera Romawi........."
*****************************************
Kesimplannya disini, jangan la persoalkan "kenapa markah si dia lagi tinggi dari aku?" hehehe.....

* ingat, usaha bukan sahaja diukur mengikut tahap kerajinan membaca atau ulang kaji buku dan nota nota lecture....

(maaf x de idea sangat nak tulis apa..hanya sekadar nak update blog...)