Friday, June 18, 2010

huh~

adoiii......

Sunday, June 6, 2010

countdown


Assalamualaikum.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, bila dihitungkan balik amal, tak banyak yang telah aku usahakan. Dalam amal2 yang "tak banyak" tu, berapalah agaknya yang Allah terima! Ya Allah hamba-Mu ini lemah.

Waktu cuti tinggal tepat 1 bulan, insyaAllah, 06/07 nnti puak2 cenfos IIUM Pj. yang sama batch akan pergi berjuang kat main camp pulak, bagi yang berhala tujukan sains, pergi kuantan, bagi yang berhalatujukn arts termasuk engineering, pergi gombak insyaAllah. Namun begitu, ini semua hanyalah halatuju sementara di dunia.

Starting daripada mula2 cuti dulu (bulan 3), macam2 plan dah dirancang.Alhamdulillah, ada yang menjadi, ada yang x jadi, sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang.

Ok, "what has pass is the past", tapi jangan lupa belajar dari kesilapan. Sekarang hanya tinggal 1 bulan untuk membuat persediaan ke kuantan, 1 bulan untuk membaiki habit2 yang buruk sebelum masuk kuantan, 1 bulan untuk plan aktiviti2 yang berfaedah walaupun sepatutnya 2-3 bulan lepas dah buat mnde2 nih.

well, IT'S NEVER TOO LATE TO CHANGE! itulah antara pepatah yang amat berguna untuk manusia2 "last minute" macam penulis ni...

Merancang dengan apa yang ada ditangan, merancang seolah olah hidup 1000 tahun, beribadah seolah olah itulah ibadah yang terakhir kita buat.

Here are some things that has been planned:
1) Study sket2 pharmacy dgn Q dan sesiapa yang nak join
2) Organic chemistry
3) Habiskan buku "life is an open secret" sis Zabrina
4) Bersihkan rumah sebersih bersihnya
5) settle hal2 nak masuk kuantan
6) Uruskan hal2 kucing belakang rumah
7) X nak tido lepas subuh!!!
8) Nak tutup facebook!!!tpi nak dpt no. kawan2 dulu.
9) Kerap pergi ke masjid!!!klu x leh, solat jemaah kat rumah...
10) Buang sikap bertangguh!!!
11) Jadi muslim secara keseluruhan 24 jam 7 hari seminggu!!!
12) kemas barang2 cenfos yg terperap dalam bilik..
13) study photography!
14) etc......

InsyaAllah semua hasrat2 ni dan apa2 tambahan akan dilaksanankan..Ya Allah! permudahkan urusan hamba-Mu ini!! dengan memberi masa untuk Allah, Allah akan bgi masa untuk kita.

p/s: post ini bertujuan untuk membangkitkan semangat diri yang lemah ini, MINTA MAAF kerana kurangnya input. Semoga segala urusan pembaca dipermudahkan Allah S.W.T insyaAllah.

(slow shutter speed effect, taken at Pulau Sipadan, Sabah)

Saturday, June 5, 2010

Ibadah Umrah

05/06/2010,sabtu- Setelah sekian lama ummi bercita-cita untuk pergi ke Tanah Suci Kota Mekah dan Madinah, Alhamdulillah akhirnya sampai juga seruan Ilahi terhadap kedua ibu bapaku untuk ke sana. Tambahan pula, tok Ma (nenek) ,aunty Wan Jah dan uncle Rani juga akan turut serta melakukan umrah bersama sama ummi dan abah.

Seawal jam 6 pagi, semua orang dah mula busy membuat persedian terakhir sebelum meninggalkan rumah lebih kurang pada jam 10.30 pagi.

Sebelum berangkat dari rumah,Aku diminta oleh ummi untuk melaungkan azan serta berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Ummi rasa sangat bersyukur kepada Allah sehingga menitiskan air mata...maklumlah, bukan senang mendapat peluang untuk ke Tanah Suci...dan sgt bukan senang untuk mendapat panggilan iaitu izin Allah untuk ke sana...

Setibanya di KLIA...

Bagasi2 (bag) perlu ditanda dengan riben, bagi mengelakkan kekeliruan, takut2 tertukar beg dgn orang lain, memandangkan semua ahli jemaah yang ikut Syarikat pengurusan Haji dan Umrah Rayhar semuanya guna beg warna ungu.-kredit untuk mokteh kerana membuat riben dengan tangan sendiri, cantik. Menunggu urusan beg2 dan urusan menggih agih passport selesai.


Sementara menunggu urusan selesai, masa ni lah masa yang paling sesuai untuk ummi buat panggilan untuk meminta doa2 dari sanak saudara dan rakan2...mase naik flight nanti phone dah x leh guna, mase dah sampai Madinah nak concentrate beribadah.....insyaAllah.

Tengah2 sibuk mengambil gambar ragam2 orang kt KLIA, tiba tiba mamat ni cuit ak dri belakang..mula2 tgk cm kenal, dlm 2-3 saat berfikir sejenak, barulah ingat..rupanya Zaim, pelajar ALLHS Uiam. Alhamdulillah, Zaim pon menyahut seruan Allah juga untuk ke Tanah Suci, wah untung...secara automatik waktu cuti dia yang tinggal lagi 1 bln ni terisi selama 2 minggu...semoga selamat smpai dan pulang Zaim!

Memandangkan sepupuku ni seorang yang bersifat suka membaca, maka kami semua wat konvoi ke kedai buku dalam KLIA tu...

Tengah sibuk2 mangarah arah model2 gambar untuk posing dalam kedai, dengan izin Allah, aku ternampak buku yang sangat menarik perhatian, lantas membelinya dengan harga Rm80.00. Agak mahal bukunya, tetapi berbaloi dengan maklumat2 yg ada dlm buku tu, dan juga ketebalan buku tu menghampiri ketebalan buku campbell biology.-kredit to Along kerana meminjamkan duit untuk beli buku ni. Along berjalan2 dengan Izyan (sepupu)...

Abah dengan bayangan Tanah Suci di benak fikiran, sambil bermuhasabah dan memdekatkan diri kepada Allah S.W.T Setibanya waktu untuk berpisah, adik Ihkram meminta maaf dan bersalaman dengan abah, bukan adik Ihkram aje, tpi aku dan adik beradik yang lain serta sepupu sepapat yg ada semuanya meminta maaf dan bersalaman dengan abah, ummi, tok Ma, aunty Wan Jah dan uncle Rani, dengan harapan agar Allah memberkati dan melindungi mereka dalam perjalanan mereka kepada Allah...
Adik Nadia dan abah

Abg Long dengan raut wajah yang sedih, seolah olah sedang menangis kesedihan meninggalkan pakcik dan makciknye (kantoi air mata x de)-kredit kpda Abg Long sbb jadi model of the day...

Bergambar bersama sebilangan ahli keluarga, tok Ma(hujung kanan pembaca),ummi,abah (belakang), adik Ihkram, adi Nadia, Kak Izzaty (hujung kiri pembaca).

Seperti biasa, bilangan ahli yang nak bergambar bertambah...aunty Wan Jah(tudung biru), uncle Rani(jubah putih), Along(belakang adik ihkram), Abg Long (yang nangis tadi),Izyan (budak kecik hujung kiri pembaca)


Akhirnya, photographer dapat juga bergambar...

Tibalah waktu yang dinanti natikan oleh ummi, abah dan jemaah Rayhar, semoga ummi,abah, tok Ma, uncle Rani, aunty Wan Jah dan seluruh jemaah dapat menunaikan ibadah umrah dengan penuh keberkatan, kesempurnaan dengan menghampiri cara Rasulullah s.a.w. menunaikannya...kami sentiasa menunggu kepulangan kalian semua~ameen.....

Ya Allah, tempatkanlah kedua ibu bapaku ke syurga-Mu

Wednesday, June 2, 2010

Senjata Paling Merbahaya...

Berdoa dengan khusyuk serta mengikut adab2nya pasti diterima Allah S.W.T

"Umat islam harus cemerlang,
Hari ini lebih baik dari semalam,
Jangan buang masa, siapa kata kita x boleh?,
Kita ada Allah Maha Kuasa,
Kita punya kuasa tenaga, DOA sebagai senjata!
Umat islam sentiasa boleh!"
(petikan lagu nasyid apa ntah, lupe)

Assalamualaikum Wahai sahabat2ku sekalian, sentiasalah berdoa untuk saudara saudara kita yang sedang penat lelah berjihad, sedang kita hanya duduk dirumah, menikmati makanan dan keselesaan. Tahukah kamu, kenikmatan dan keselesaan yang sedang kita nikmati ini bukanlah diberi oleh Allah untuk saja2 kita menikmatinya, tapi adalah sebagai UJIAN!.

Adakah kerana nikmat kesejahteraan dan keselesaan yang diberi ini, kita menjadi lalai dan lupa akan tanggungjawab kita terhadap saudara2 seislam!atau kita lebih bersyukur, dan sanggup berkorban untuk pergi berjihad bersama sama org2 yg berjihad?

Sememangnya kita tidak mampu untuk pergi mengangkat senjata dan bersama-sama berjuang di medan peperangan( lagi2 sebagai seorang pelajar), namun apa yang kita mampu beri adalah Doa2 dan solat Hajat.

Percayalah, saudara2 kita yg sedang berjihad sangat menginginkan doa2 yang penuh kasih sayang dari saudara2 seislamnya yang lain!...

Bagi sesiapa yang mengambil berat tentang LL4Gaza, bolehla masuk ke link dibawah, kalau ada byk sumber lain lagi bagus-sekian terima kasih.=)