Wednesday, December 8, 2010

Kuasa Cinta


Pada suatu petang, Radzi sedang sibuk mengemas beg pakaiannya setelah tiba di tapak perkemahan Kem Remaja Islam, Pantai Balok, tiba tiba kawan baiknya, Fakhrul bersuara seolah olah kawannya itu sedang bermonolog.....

"kalau difikirkan balik, kuasa cinta ni memang wujud, dan pengaruh cinta mampu memberi pengaruh yang sangat kuat terhadap si pencinta.....",kata Fakhrul berserta gaya seperti seorang ahli falsafah. Radzi amat tertarik dengan kata kata sahabatnya itu lalu bertanya, " apa contohnya kuasa cinta yang engkau maksudkan?"

Tektik Fakhrul terkena, memang sengaja dia berfalsafah sedikit bagi menarik perhatian Radzi. Melihat sahabatnya yang sedang tertarik itu, dia menjawab, "cuba kau fikir, apakah nikmat yang terbesar bagi ahli syurga? sudah tentu nikmat yang terbesar adalah nikmat melihat wajah Allah!, kenapa nikmat yang terbesar bukan mendapat tanah paling luas ke, atau mahligai yg tercantik ke, atau bidadari paling cantik dlm syurga ke?..tahu x kenapa?"...tanya Fakhrul.

Radzi menjawab,"kenapa eh?, ak pun tak tahu..", sambung Fakhrul," itulah dia kuasa cinta, tidak ada yang dapat memberi ketenangan, kepuasan dan rasa nikmat selain daripada melihat wajah apa yang kita cinta! rasa memiliki sesuatu, seperti memiliki istana tidak dapat menandingi nikmat melihat apa yang kita cinta....sekiranya kita cintakan Allah dengan sebenar benarnya, insyaAllah kita boleh lihat wajah Allah kelak".

Balas Radzi," iyelah, memang benar, sebab tu kalau kita tengok orang2 yang tengah bercinta ni, mesti nak berjumpa....tapi sayang, cinta kat dunia ni tidak berkekalan dan hanya sekadar angan angan, sangat sikit nikmatnya berbanding nikmat kat syurga nanti..."

"Benar Radzi, oleh itu, perasaan cinta memang tidak dapat ditolak, kerana itu juga merupakan tanda kebesaran kuasa Allah, dan perasaan cinta perlu disalurkan dengan saluran yang betul disisi Allah...alangkah baiknya jika semua org cintakan Allah dengan mencintai beribadah kepada-Nya, kalau kita cinta sejadah, setiap hari, siang dan malam rasa nak jumpa sejadah..."balas Fakhrul.....

"Betul, terima kasih Fakhrul, harap harap kita dapat berkongsi lagi pandangan2 yg bermanfaat...", kata Radzi...

Sesudah habis mengemas pakaian masing, abang Faci memanggil kedua sahabat itu untuk slot seterusnya, perbualan mereka terhenti takat itu sahaja.

p/s: Fakhrul dan Radzi bukan nama sebenar.


Monday, December 6, 2010

Tahun ini

Assalamualaikum~

Sudah 1432 tahun berlalu, aku tidak berpeluang untuk ikut Rasulullah S.A.W berhijrah.....azam demi azam berazam,.......namun iman masih lemah kerna cintakan harta benda dan dunia masih bersembunyi didalam hati,......perasaan takut mati, sudah diracun berkali-kali, tetapi masih subur....tak tahu kenapa jadi macam tu...mungkin kerana kurang muhasabah diri......
Namun begitu.......

Pada tahun ini, ketika ini, saat ini, akan ku ikut sekali berhijrah!!, walaupon dlm keadaan yg lemah...usaha mesti ada.....tidak ada istilah "terlambat" atau "x sempat" selagi nyawa belum smpai ke halkum, selagi matahari belum terbit sebelah barat!!! walaupun sudah ketinggalan..namun masih ada jejak langkah Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya yg ditinggalkan mereka untuk ku...

Namun, Allah! Tuhanku, Yang Mencipta segala sesuatu...Yang mengawal pentas dunia, Pencipta sekalian makhluk...adalah sebaik-baik Perancang....... Wallahu 'alam.