"Krek krek kruk krek", bunyi cakaran jari Samsul yg sedang mengutil tika plastik, tiba tiba..."PAP!!"..ustaz Ghazali mengetuk tgn Samsul dengan ekspresi wajah yg serius lantas berkata, " Haa...dah kene kacau syaitan dah!, dalam majlis ilmu kita kene fokus! kene tawajuh!!, dengar elok2 apa ustaz cakap ni!" tekejut Samsul dibuatnya. Samsul dgn segera memberi tumpuan penuh dan bertawajuh dgn penyampaian ustaz........
*******
"huaah...sahaja aku datang ke kelas untuk menuntut ilmu kerana Allah ta'ala, aku akan faham dgn lebih jelas apa yg lecturer akn smpaikan, dan ak x akan tidur dlm kelas walaupun sesaat!..", dengan langkah kiri Firdaus keluar dari bilik asramanya menuju ke kelas sambil memperbetulkan niat dan "mind setting".....setelah tiba di kelas, seperti biasa Firdaus mengambil tempat duduk di barisan tengah, dan lecture Dr. Wan Azizi pun bermula....
Ketika Firdaus sedang khusyuk belajar, matanya tidak dapat dikawal...biji mata melilau lilau mengimbas tudung2 warna warni teman2 belajar wanita di sekitarnya...."ish....jaga pandangan!!!" tegas Firdaus dgn dirinya...setelah berkali kali bertegas dgn dirinya utk menjaga pandangan barulah dia dpt beri tumpuan penuh..kunci mnjga pandangan hanyalah dengan FOKUS...
*********
Dalam kehidupan harian kita, fokus dalam urusan yg kita buat adalah sgt penting...fokus bukan boleh diaplikasikan dlm belajar dan ketika membuat kerja sahaja, tapi fokus dalam matlamat utama kita, iaitu untuk mencari keredhaan ALLAH sangat bermakna, dan mampu memberi impak besar dalam kemajuan hidup.....
Dalam menjalani kehidupan harian, memang akan terlintas fikiran2 yg tidak sepatutnya seperti teringat kereta yg diingini, wanita yg diminatinya dan mcm2 lagi..cepat2 betulkan matlamat, dan dalam hati ini hanya inginkan redha berkat, rahmat dan keampunan Allah sahaja...tidak ada selain Allah yg layak bertapak dalam hati kita...insyaAllah, dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenang dan dgn berharap HANYA pada Redha dan pertolongan Allah, hidup bahagia dan tidak akan menyesal.....
Kematian semakin menghampiri...JOM FOKUS UTK MENGHADAPINYA!!!
all the best =)
matahari, haiwan dan tumbuh tumbuhan sentiasa fokus dgn perananya, sbb tu mereka sentiasa
berzikir dan tidak putus putus memuji Allah.....manusia bila hilang fokus akan lalai dari mengingati Allah.
dalam kehidupan kita hanya ada dua keadaan, sama ada ingat Allah atau lalai...wallahu'alam.