Monday, May 23, 2011

Sedapnye Tido zZZzzZ

Assalamualaikum w.b.t

Sesudah selesai solat sunat ba'diah maghrib, Mohd terus menuju ke dewan utama solat. Kuliyah mghrib telahpun bermula, Mohd agak lambat hadir, kerana doanya yang sangat panjang selepas solat sunat tadi...biasanya doa Mohd lepas solat fardhu lebih panjang, sebab doa lepas solat fardhu hampir sama taraf afdhalnya dengan doa solat tahjud...tapi imam baca doa pendek pulak tadi... (=_=!).. macam2 Mohd mahu dan berhajat dalam kehidupannya, dan hanya Allah yang berkuasa atas sekalian alam dan Maha Mendengar rintihan hamba-hamba-Nya...Mohd hanya mahu yang terbaik untuk kehidupannya, agar dia dapat lebih hampir dengan Allah dan Rasul-Nya.

Adab menyertai majlis ilmu yang sedang berlangsung adalah dengan bertasbih sebanyak 3 kali, tak perlu untuk solat tahiyatul masjid. Mohdpun mula memasang telinga dan mendengar dengan sebaiknya...

"Menurut imam Al-Ghazali, orang yang banyak tidur pada waktu malam akan dibangkitkan dalam keadaan yang fakir!, dan orang yang banyak tidur siang akan hilang keberkatan hidupnya dan keberkatan usia mudanya! fikiranya juga tidak cerdas!." berkata ustaz penceramah tu.

DUSSHHH....Mohd bagaikan terkena tamparan yg hebat, bukan kat pipi, tapi kat batang hidung (mcm mana tu?)...kata-kata (yang disampaikan oleh ustaz) Imam Al-Ghazali yang sudah berkurun lamanya itu bagaikan hidup, dan sangat terkesan dalam jiwa Mohd.

Rasa kesal mula melular dalam hati,...persoalan demi persoalan timbul..adakah berkat hidupku dah hilang? bolehkah aku ambil balik masa yang telah berlalu begitu saja semasa tidur? ohh! RUGINYE!!!...rasa sesal tak sudah sudah..hanya pada Allah Mohd berharap, agar tidak dikurangkan berkat hidupnya...berkat dan redha Allah dalam kehidupan adalah segala-galanya bagi Mohd..

Namun..'its NEVER too late to change..' pepatah ini banyak mendorong Mohd untuk berubah dari buruk kepada baik..tak kire dalam apa jua keadaan dan saat genting..dia yakin, bahawa peluang untuk berubah sentiasa ada dan tak penah terlambat..yakin Mohd bukan pada pepatah ini, tapi pada sifat2 Allah yang Maha indah...Allah Maha Luas pemberian-Nya dan Maha Penyayang....Mohd Yakin, Allah pasti membantunya dalam apa jua keadaan...


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
" dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada-Ku, agar meraka memperoleh kebenaran"-Al Baqarah, ayat 186.
There is no reason to give up!

All the best & Fighto-oh everyone (^_^)v

Wednesday, May 4, 2011

Just Sharing

assalamualaikum w.b.t

Result sem 2 dah kuar...and as expected, pointer makin menurun....namun, ada fail x?? ntahla...huh~ ok..masa untuk beranalisa..patut dh expert beranalisis sbb dh blaja pharmaceutical analysis I =P

Dah 2 sem perkecimpung dlm bidang farmasi, sem 1 dapat GPA=$%.#$% (hahah..like im gonna tell =P )...dan CGPA sem2 menurun as expected lagi...just nak cite.. kesalahan dan kesilapan yg sama berulang utk 2 2 sem tu...huuh..x leh jdi nih...mcm mana nak maju..blaja dari kslapan!

Semasa melangkah masuk permulaan setiap sem...semangat berkobar-kobar...tidur awai..dh rasa mcm org paling sihat dgn amalan kehidupan yg sihat...breakfast x miss..lps subuh x tido..dah siap pre-reading setiap subjek (wooaa!!!...7 star pharmacist!)...mula2 masuk sem je..dah setting minda " sy mesti dh hbs blaja sebelum exam final!"..."sy x akan jdi org last minit lagi!!" ..stategi utk tawan setiap subjek dah dirancang dgn mantap! mcm dah nak perang tentera salib dah!....huuuuhhh....rasa mcm dah pelajar cemerlang dah (walaupun quiz or exam apa2 belum start lagi).....keyakinan nak dpt GPA tinggi mmg tinggi ...iaitu yakin pada Allah.

Walaubagaimanapun,...mcm yg org lain rasa juga (jgn tipu kalau x rasa..)..dari hari ke hari..semangat semakin down..lagi2 lepas tgk result quiz yg sikit lgi nak atas pagar (mmg bawah pagar r result...teruk tahap apa ntah..)..dtg kelas nak tidur je (ni naqib je..org lain x insyaAllah)..buku nota jadi buku lukisan..cantik pulak tu gambar...setiap hujung minggu, dah plan nak study apa..mmg plan nak cover hbs yg tertinggal..tgk2..berjaya cover 10 episode 'one piece"...adoih....tenis mmg x leh tinggal hjng minggu...being a total failure....

HAH!! rasa letih dah jadi failure!! Allah dah tentukan rezeki setiap manusia...Allah Maha Pemurah dan Maha Adil...sbb tu..setiap org mampu utk berjaya Dunia dan Akhirat! sunnatullahnya..kalau x usaha, mcm mna nak berjaya! sbb tu manusia sering menzalimi diri sndiri..boleh jdi, Allah dah tntukan yg terbaik utk dia..tpi sbb kemalasan manusia..sbb2 kelalaian..leka dan tiada kemahuan yg kuat, Allah tentukan apa yg terlayak utk sifat2 manusia tu...MANA BOLEH ORG YG SGT PEMALAS TIBA2 JADI BOSS SYARIKAT!!! dlm muvee ade la..tpi tu bkn realiti..tu lakonan semata mata..jgn tertipu dgn cerita lakonan..walaubagaimana pon..Allah Maha Berkuasa..Allah blh mengangkat sesiapa yg Dia kehendaki, dan jatuhkan sesiapa yg dikehendaki-Nya...jgn pertikaikan sifat harus Allah yg melakukan sesuatu mengikut kehendak-Nya..

YOU'RE DONE FOR!!!
Yeah! you're done for sem dpn!! (dialog mencabar next sem,x phm x pe..) Alhamdulillah..dari sem ke sem..sy dah blh nampak corak blaja yg patut diamalkan...apa stategi yg sesuai utk cara blaja kat sni...walaupun sikit..asalkan ada peningkatan..insyaAllah...yg penting...BLAJA UTK CARI REDHA ALLAH...smpai tahap mana kita btul2 blaja utk cari redha Allah? bkn hanya semata mata nak cemerlang, or dpt pujian org..or nak dpt mcm2 r selain redha Allah...? tu semua bergantung pada diri sendiri..ilmu al-sir...insyaAllah..niat hanya nak cari redha Allah..yg lain tu..kalau ada rezeki,..Allah bgi..klu x..Allah akn bls kat akhirat...kejar akhirat, dunia dtg menyusul insyaAllah..

Rasa sgt bersmngt utk masuk sem dpn (mcm awal sgt je nk semngt...x pe..x salah pon) insyaAllah, kesilapan sem sem lps x akan berulang...tgh cuti2 skang..alhamdulillah..dgn izin Allah, scra x langsung dpt smngt baru....semoga rx9 semuanya berjaya...really hope to see all my friends succeed...succeed in the world and hereafter..

K..mata dah pedih..sbb apa ntah....mngkin sbb mengantuk ...sekian jmpa lagi...all the best! (^_^)v