Monday, May 23, 2011

Sedapnye Tido zZZzzZ

Assalamualaikum w.b.t

Sesudah selesai solat sunat ba'diah maghrib, Mohd terus menuju ke dewan utama solat. Kuliyah mghrib telahpun bermula, Mohd agak lambat hadir, kerana doanya yang sangat panjang selepas solat sunat tadi...biasanya doa Mohd lepas solat fardhu lebih panjang, sebab doa lepas solat fardhu hampir sama taraf afdhalnya dengan doa solat tahjud...tapi imam baca doa pendek pulak tadi... (=_=!).. macam2 Mohd mahu dan berhajat dalam kehidupannya, dan hanya Allah yang berkuasa atas sekalian alam dan Maha Mendengar rintihan hamba-hamba-Nya...Mohd hanya mahu yang terbaik untuk kehidupannya, agar dia dapat lebih hampir dengan Allah dan Rasul-Nya.

Adab menyertai majlis ilmu yang sedang berlangsung adalah dengan bertasbih sebanyak 3 kali, tak perlu untuk solat tahiyatul masjid. Mohdpun mula memasang telinga dan mendengar dengan sebaiknya...

"Menurut imam Al-Ghazali, orang yang banyak tidur pada waktu malam akan dibangkitkan dalam keadaan yang fakir!, dan orang yang banyak tidur siang akan hilang keberkatan hidupnya dan keberkatan usia mudanya! fikiranya juga tidak cerdas!." berkata ustaz penceramah tu.

DUSSHHH....Mohd bagaikan terkena tamparan yg hebat, bukan kat pipi, tapi kat batang hidung (mcm mana tu?)...kata-kata (yang disampaikan oleh ustaz) Imam Al-Ghazali yang sudah berkurun lamanya itu bagaikan hidup, dan sangat terkesan dalam jiwa Mohd.

Rasa kesal mula melular dalam hati,...persoalan demi persoalan timbul..adakah berkat hidupku dah hilang? bolehkah aku ambil balik masa yang telah berlalu begitu saja semasa tidur? ohh! RUGINYE!!!...rasa sesal tak sudah sudah..hanya pada Allah Mohd berharap, agar tidak dikurangkan berkat hidupnya...berkat dan redha Allah dalam kehidupan adalah segala-galanya bagi Mohd..

Namun..'its NEVER too late to change..' pepatah ini banyak mendorong Mohd untuk berubah dari buruk kepada baik..tak kire dalam apa jua keadaan dan saat genting..dia yakin, bahawa peluang untuk berubah sentiasa ada dan tak penah terlambat..yakin Mohd bukan pada pepatah ini, tapi pada sifat2 Allah yang Maha indah...Allah Maha Luas pemberian-Nya dan Maha Penyayang....Mohd Yakin, Allah pasti membantunya dalam apa jua keadaan...


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
" dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada-Ku, agar meraka memperoleh kebenaran"-Al Baqarah, ayat 186.
There is no reason to give up!

All the best & Fighto-oh everyone (^_^)v

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam,
    syukran...jd,jgn penuhi mase cuti anda dgn tido...hehe

    ReplyDelete
  3. wa'alaikumussalam....yup insyaAllah...nasi lemak syed dah x de, x tido dah r smpai tgh hari..hehe..thanx

    ReplyDelete
  4. :')

    betul, kita tak pernah terlewat untuk berubah...

    p/s: tak mau tidur banyak2 dah pasni... >.<

    ReplyDelete
  5. herie..andalah org paling kurang tido ak penah jumpe....hehehe

    ReplyDelete
  6. Lala...Lala....~..ehehehe...

    ReplyDelete
  7. oo..iye la iye la,,Q org paling kurang tido dlm kalangan bdk farmasi..hehe

    ReplyDelete