Tuesday, May 25, 2010

The Queen of Fruits

assalamualaikum...pada hari isnin, 24/5/2010, datangnya rezeki dari Allah berupa buah- buahan yang diberi nama Manggis, Alhamdulillah. Sedang seronok makan manggis, tiba tiba makcik ku berkata,

MokTeh: "Qib tahu tak macam mana nak tahu bilangan isi dalam buah manggis?"(lebey kurang macam tu la ayat beliau).

Naqib: "Urm, tak tahu, macam mana ek?"

Dengan pantas Mokteh mengambil sebiji buah manggis untuk dijadikan example. Setelah dipusing pusing dan dibelek beleknya buah manggis tu untuk menerangkan teknik mengira isi buah manggis, barulah hamba faham teknik tekniknya.
***************

Ok, jom blaja teknik2nya!

Macam nak buat experiment Bio(biolab 2) jugak, kita kene observe step by step:
Step 1:
Gambar diatas menunjukan bahagian bawah(tampok) buah manggis, untuk mengetahui ada berapa ulas isi buah manggis, kira aje kelopak bahagian bawah buah manggis. Ok,berdasarkan gambar diatas, buah manggis tu ada.....kira sendiri la, org dah siap buat nombor lgi, haish! (ketegasan amat penting utk mendidik,hehe)


Ok, step seterusnya, buka buah manggis tu, pastu kira isi dia, sama x dengan bilangannya dengan kelopak yg kita kira dalam step 1 tadi. Lihat gambar disebelah! kan sama tu ada 6 ulas semuanya!heheh.

Step ketiga, kalau ada experiment yang korang buat sendiri, dan mendapatinya tidak sama dengan teori yang kita tengah bincang ni, maka buatlah aduan, dan tindakan sewajarnya akan dilakukan terhadap diri ini.

Sekian terima Kasih =)




Jangan terkeliru dengan bahagian tangkal manggis (lihat gambar sebelah), kalau kira bahagian atas ni, buatlah experiment sampai ke tua pon, kompem tak akan sama dengan bilangan isi manggis tu.(kalau sama pon kebetulan je tu:P)
Sebagai renungan, marilah sama sama kita mengkaji ciptaan ciptaan Allah, agar kita lebih dekat dengan-Nya.Firman Allah S.W.T:

"Sungguh dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal"-Surah Al-Imran,Ayat 190.
"(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka".-Surah Al-Imran, Ayat 191.

Wah! sungguh indah Ayat-Ayat Al-Quran. Maka hayatilah dan bertadaburlah dengan Al-Quran, moga moga kita mendapat petunjuk dari Allah~

Sebagaimana yang kita lihat, semua ciptaan kat bumi ni ada hikmahnya, walaupon tampok manggis, yang orang tak pandang pon, menceritakan sesuatu.Subhanallah~

Jadi apa lagi, jom ramai2 kita mengkaji ciptaan Allah di dunia ini!
p/s :siapa rajin, kaji bahagian atas buah ni pulak.

salah silap harap dimaafkan. semoga pembaca mendapat manfaat dri post ini, assalamualaikum =)




Friday, May 21, 2010

Muqadimah

Assalamualaikum, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih merasai dan hidup dalam nikmat iman dam islam. Selawat dan salam diucapkan keatas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan para tabi'in.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, hasrat untuk blogging dapat juga dicapai.Amat payah sekali untuk memulakan blogging, tanpa sokongan sahabat2 dan keluarga, mungkin post pertama yang amat susah nak tulis ni tak akan wujud.

Setelah sekian lama termenung depan laptop (lebih kurang 30 minit), memikirkan apa yang nak ditulis, Alhamdulillah akhirnya datang juga ilham untuk menelaah blog kakak iffah, dan blog2 sahabat2 lain untuk mencilok idea macam mana nak tulis post pertama ni. Dapatla juga sikit idea2.

ok, bila fikir2kan balik, kenapa nak buat blog? dah x de keje lain ke nak buat?atau adakah kerana terlalu bosan? atau saja2? oh, amat rugilah kalau alasan2 diatas menjadi sebab untuk membuat blog.

Untuk tidak sia siakan usaha, maka niat untuk membuat blog ini adalah sebagai platform perkongsian ilmu dan pendapat dengan keluarga dan kawan2, salah satu teknik muhasabah diri...dan macam2 lagi untuk mencari redha Allah S.W.T. InsyaAllah.

ikot kata my sis dan kawan2, lama2 nnti x sesusah nak mcm nak start blog ni, dan akan lebih menarik. Well, harap2nya begitulah.

Just give it a go!! and Alhamdulillah! here's my blog! welcome =)