assalamualaikum...pada hari isnin, 24/5/2010, datangnya rezeki dari Allah berupa buah- buahan yang diberi nama Manggis, Alhamdulillah. Sedang seronok makan manggis, tiba tiba makcik ku berkata,
MokTeh: "Qib tahu tak macam mana nak tahu bilangan isi dalam buah manggis?"(lebey kurang macam tu la ayat beliau).
Naqib: "Urm, tak tahu, macam mana ek?"
Dengan pantas Mokteh mengambil sebiji buah manggis untuk dijadikan example. Setelah dipusing pusing dan dibelek beleknya buah manggis tu untuk menerangkan teknik mengira isi buah manggis, barulah hamba faham teknik tekniknya.
***************
Ok, jom blaja teknik2nya!
Macam nak buat experiment Bio(biolab 2) jugak, kita kene observe step by step:
Step 1:
Gambar diatas menunjukan bahagian bawah(tampok) buah manggis, untuk mengetahui ada berapa ulas isi buah manggis, kira aje kelopak bahagian bawah buah manggis. Ok,berdasarkan gambar diatas, buah manggis tu ada.....kira sendiri la, org dah siap buat nombor lgi, haish! (ketegasan amat penting utk mendidik,hehe)
Ok, step seterusnya, buka buah manggis tu, pastu kira isi dia, sama x dengan bilangannya dengan kelopak yg kita kira dalam step 1 tadi. Lihat gambar disebelah! kan sama tu ada 6 ulas semuanya!heheh.
Step ketiga, kalau ada experiment yang korang buat sendiri, dan mendapatinya tidak sama dengan teori yang kita tengah bincang ni, maka buatlah aduan, dan tindakan sewajarnya akan dilakukan terhadap diri ini.
Sekian terima Kasih =)
Jangan terkeliru dengan bahagian tangkal manggis (lihat gambar sebelah), kalau kira bahagian atas ni, buatlah experiment sampai ke tua pon, kompem tak akan sama dengan bilangan isi manggis tu.(kalau sama pon kebetulan je tu:P)
Sebagai renungan, marilah sama sama kita mengkaji ciptaan ciptaan Allah, agar kita lebih dekat dengan-Nya.Firman Allah S.W.T:
"Sungguh dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal"-Surah Al-Imran,Ayat 190.
"(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka".-Surah Al-Imran, Ayat 191.
Wah! sungguh indah Ayat-Ayat Al-Quran. Maka hayatilah dan bertadaburlah dengan Al-Quran, moga moga kita mendapat petunjuk dari Allah~
Sebagaimana yang kita lihat, semua ciptaan kat bumi ni ada hikmahnya, walaupon tampok manggis, yang orang tak pandang pon, menceritakan sesuatu.Subhanallah~
Jadi apa lagi, jom ramai2 kita mengkaji ciptaan Allah di dunia ini!
p/s :siapa rajin, kaji bahagian atas buah ni pulak.
salah silap harap dimaafkan. semoga pembaca mendapat manfaat dri post ini, assalamualaikum =)
thanks for the info..
ReplyDeleteit's a nice article..
Subhanallah...
xde butang "like" ke?
ReplyDeleteNora Fais:thanx, semua dari Allah.
ReplyDeletemuzakir: ak x reti r nak buat..nnti r ak discover lgi..hihi...thanx.