Saturday, June 5, 2010

Ibadah Umrah

05/06/2010,sabtu- Setelah sekian lama ummi bercita-cita untuk pergi ke Tanah Suci Kota Mekah dan Madinah, Alhamdulillah akhirnya sampai juga seruan Ilahi terhadap kedua ibu bapaku untuk ke sana. Tambahan pula, tok Ma (nenek) ,aunty Wan Jah dan uncle Rani juga akan turut serta melakukan umrah bersama sama ummi dan abah.

Seawal jam 6 pagi, semua orang dah mula busy membuat persedian terakhir sebelum meninggalkan rumah lebih kurang pada jam 10.30 pagi.

Sebelum berangkat dari rumah,Aku diminta oleh ummi untuk melaungkan azan serta berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Ummi rasa sangat bersyukur kepada Allah sehingga menitiskan air mata...maklumlah, bukan senang mendapat peluang untuk ke Tanah Suci...dan sgt bukan senang untuk mendapat panggilan iaitu izin Allah untuk ke sana...

Setibanya di KLIA...

Bagasi2 (bag) perlu ditanda dengan riben, bagi mengelakkan kekeliruan, takut2 tertukar beg dgn orang lain, memandangkan semua ahli jemaah yang ikut Syarikat pengurusan Haji dan Umrah Rayhar semuanya guna beg warna ungu.-kredit untuk mokteh kerana membuat riben dengan tangan sendiri, cantik. Menunggu urusan beg2 dan urusan menggih agih passport selesai.


Sementara menunggu urusan selesai, masa ni lah masa yang paling sesuai untuk ummi buat panggilan untuk meminta doa2 dari sanak saudara dan rakan2...mase naik flight nanti phone dah x leh guna, mase dah sampai Madinah nak concentrate beribadah.....insyaAllah.

Tengah2 sibuk mengambil gambar ragam2 orang kt KLIA, tiba tiba mamat ni cuit ak dri belakang..mula2 tgk cm kenal, dlm 2-3 saat berfikir sejenak, barulah ingat..rupanya Zaim, pelajar ALLHS Uiam. Alhamdulillah, Zaim pon menyahut seruan Allah juga untuk ke Tanah Suci, wah untung...secara automatik waktu cuti dia yang tinggal lagi 1 bln ni terisi selama 2 minggu...semoga selamat smpai dan pulang Zaim!

Memandangkan sepupuku ni seorang yang bersifat suka membaca, maka kami semua wat konvoi ke kedai buku dalam KLIA tu...

Tengah sibuk2 mangarah arah model2 gambar untuk posing dalam kedai, dengan izin Allah, aku ternampak buku yang sangat menarik perhatian, lantas membelinya dengan harga Rm80.00. Agak mahal bukunya, tetapi berbaloi dengan maklumat2 yg ada dlm buku tu, dan juga ketebalan buku tu menghampiri ketebalan buku campbell biology.-kredit to Along kerana meminjamkan duit untuk beli buku ni. Along berjalan2 dengan Izyan (sepupu)...

Abah dengan bayangan Tanah Suci di benak fikiran, sambil bermuhasabah dan memdekatkan diri kepada Allah S.W.T Setibanya waktu untuk berpisah, adik Ihkram meminta maaf dan bersalaman dengan abah, bukan adik Ihkram aje, tpi aku dan adik beradik yang lain serta sepupu sepapat yg ada semuanya meminta maaf dan bersalaman dengan abah, ummi, tok Ma, aunty Wan Jah dan uncle Rani, dengan harapan agar Allah memberkati dan melindungi mereka dalam perjalanan mereka kepada Allah...
Adik Nadia dan abah

Abg Long dengan raut wajah yang sedih, seolah olah sedang menangis kesedihan meninggalkan pakcik dan makciknye (kantoi air mata x de)-kredit kpda Abg Long sbb jadi model of the day...

Bergambar bersama sebilangan ahli keluarga, tok Ma(hujung kanan pembaca),ummi,abah (belakang), adik Ihkram, adi Nadia, Kak Izzaty (hujung kiri pembaca).

Seperti biasa, bilangan ahli yang nak bergambar bertambah...aunty Wan Jah(tudung biru), uncle Rani(jubah putih), Along(belakang adik ihkram), Abg Long (yang nangis tadi),Izyan (budak kecik hujung kiri pembaca)


Akhirnya, photographer dapat juga bergambar...

Tibalah waktu yang dinanti natikan oleh ummi, abah dan jemaah Rayhar, semoga ummi,abah, tok Ma, uncle Rani, aunty Wan Jah dan seluruh jemaah dapat menunaikan ibadah umrah dengan penuh keberkatan, kesempurnaan dengan menghampiri cara Rasulullah s.a.w. menunaikannya...kami sentiasa menunggu kepulangan kalian semua~ameen.....

Ya Allah, tempatkanlah kedua ibu bapaku ke syurga-Mu

6 comments:

  1. uhuh homesick.. nk salam ummi and abh juge huaa ='(

    ReplyDelete
  2. mzk: hurm..doa2 la kat Allah untuk aku..moga2 ak dan ko dpt buat ibadah umrah...ak msk byk kene baiki diri..baru Allah jemput...Ya Allah! bantulah hamba-Mu ini~

    kak iffah: x per, insyaAllah bila ummi blk nnti kita jemput, salamlah puas2..insyaAllah..huhu

    ReplyDelete
  3. semoga ibadah mereka diterima Allah....x lupe kepada empunya blog agar mendapat seruan ilahi...ameen

    ReplyDelete
  4. syed: amiin...Ya Allah! makbulkanlah doa hamba2-Mu ini..syed untung dah pegi situ..huhu

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah ade rezeki...insyaAllah naqib smpi gak kat sane nnt...

    ReplyDelete