Saturday, August 14, 2010

Bukan hari Akram dan Dudu

assalamualaikum.....

9/8/2010: Pada suatu hari, setelah selesai solat subuh dan bersiap siap untuk ke KoP, maka kami pelajar2 1st year farmasi yg tiada kemudahan pengangkutan mula menaiki bas. Setelah mendapatkan tempat duduk, aku mula sedar, kehadiran seorang sahabat yang biasa menaiki bas bersama tiada, lalu aku bertanya kepada samsul yang duduk bersebelahan akan kehadiran sahabat itu, akram:

naqib: Sam, akram mana?
Samsul: tadi dia baru bersiap siap...dia x naik bas kot...
naqib: oo0o0o......
(dialog mungkin x sama sgt)

maka bas pun mula bertolak..keadaan amat kelam kabut sebab bas bertolak masa dah nak pukul 8, takut lambat ke kelas. sesampainya bas UIA di "traffic light" yang ada sign board "tunas manja", aku dan samsul ternampak akram yang ketika itu menumpang Dudu (Ridhwan) mencelah bas UIA..maka dialog antara aku dan samsul bermula lagi:

Samsul: eh tu Akram!
NAqib: ha ah...dia tertinggal bas la tu...

Maka dialog kami berhenti disitu...selepas lampu hijau, bas UIA pon bergerak mengikut undang undang.....setelah beberapa saat berlalu...TIBA TIBA:

samsul: eh, ada accident la kat depan tu...
Naqib: ha ah la....

kami pon menjenguk luar tingkap bas..hati aku dah rasa lain macam, rasa takut dan risau kalau2 yg terlibat dlm kemalangan itu pelajar UIA, dan lebih risau lagi kalau ia adalah sahabat dekat....dialog kami bersambung:

samsul: eh, tu Dudu la!
Naqib: Ha ah la! akram pon sama!

Dudu dan akram terlantar diatas jalan raya dalam keadaan yang tidak tersusun dan mengejutkan, Dudu yang ketika itu kelihatan dalam keadaan yang tidak sedarkan diri (pengsan) dan berada di tengah2 jalan raya, dan akram yang sedang terlantar menahan kesakitan di tepi jalan betul2 menimbulkan kerisauan kami pelajar2 farmasi yg berada didalam bas. namun apakan daya, bas tidak mahu berhenti (bkn x nak tapi x diizinkan Allah sbb tiada lokasi untuk berhenti)...

Samsul dan Naqib: weh!akram accident la!!
Hanafi Naip: ha ah la!..
Pdot: betul ke ni?
hanafi, samsul dan naqib: btul la..akram dan dudu terlibat!!

kelihatan Aminudin(ding dang dtg lagi) terpinga pinga, tidak tahu untuk buat apa2 di kawasan kejadian, Itto(fahmi),padil dan geng2 farmasi bertransport yg lain berkerumun cuba menghulurkan bantuan...


penumpang2 bas tertanya tanya..:"akram ke tu? Dudu ke tu? betul ke?" malah ada yang tidak percaya walaupon bas dah sampai kat KoP kerana terlalu perit untuk mempercayainya....

maka kami pon sampai ke kelas dalam keadaan yg amat risau dan harap agar Allah selamatkan mereka....

(Alhamdulillah akram dan Dudu hanya mengalami minor injury-kata doktor,tpi still nampak mcm major injury)...semoga mereka sempat sembuh, dan mendapat hikamah akan kejadian itu...

-sambung cerita next post-

No comments:

Post a Comment