Saturday, August 14, 2010

Bukan Hari Aku

09/08/2010: Aku melangkah ke luar pintu rumah(asrama) dengan doa tawakalku kepada Allah,dan agar dihindari dari syaitan dan bala tenteranya...aku menaiki bas juga dengan tawakal kepada yang Maha Perancang, bersertakan doa menaiki kenderaan yang telah dididik oleh Rasulullah (selawat ke atas baginda) kepada umatnya untuk dicontohi.

Maka aku telah memulakan hariku dgn penuh pengharapan kepada Allah, agar aku tenang dan senang, namun Allah sentiasa lebih tahu apa yang terbaik untuk diriku, lebih dari diriku sendiri mengetahuimya. Ketika berada dalam berjalanan ke kelas, aku tersempak dgn 2 irg sahabatku yang berada dalam kemalangan, innalillahi wa inna ilaihi raji'un, kepada Allah-lah kembali segala kenikmatan kerana Allah sahaja yg berhak memberi dan mengambilnya...

Setibanya aku di perkarangan KoP, dengan penuh kerisauan aku melangkah masuk ke kelas yg asing buatku (kelas 4th year, terpaksa pinjam kelas dioeang sbb kelas 1st year ada prob)....tiba tiba..:

Mdm Halimah Bux: okey, everybody sit in a gap, dont sit closely to one another.....duduk biar selang selang satu kerusi...

kami yang ketika itu sedang risau, ditambah dgn rasa cemas kerana mentafsir keadaan yang sedang berlaku dgn ngeri, iaitu POP QUIZ....hakikatnya mmg benar, mdm Siti Halimah Bux ingin menjalankan pop quiz!

Naqib: hah! aku dah la x baca lagi!
Aliff: ni ape ni? pop Quiz ke! aduh...
hanafi: weyh, aku x baca lgi..
Naquib: aku x sentuh pon pharm. practice!! habisla.........(semua dialog2 ni mungkin ditokok tambah perkataannya sikit2, namun suasana yg wujud ketika itu mmg hampir sama)...

Kami dgn redha dan tawakal menduduki quiz itu....setelah membaca doa dan selawat..akupun membuka kertas soalan...

Question
1) what is the 7 star pharmacist?......hah!!! ni aku hafal! alhamdulillah....
Answer:
1. a compassionate care giver.
2. a long life learner and a good manager.
3. a researcher.
4. have the ability to be a teacher.
5. Posses good leadership attitudes.
6. active communicator
7.............?.......?.... alamak! lupa! apa eh? adoi...ku fikir2 berulang ulang kali, namun x mampu diingat juga.... knpalah "decision maker" ni aku selalu lupa!! mmg masa mengahafal dlm bilik pon ak selalu lupa point ni...............

hari bertambah tensi, namu aku tetap bersyukur kerana aku mampu jawab soalan2 selebihnya, ada 5 soalan semuanya....

hari belalu dgn begitu pantas, sedar2 dah tiba waktu Pharmacy practice praktikal kat lab.....lab kali ni mmg sgt seronok, "methodology"nya sgt menarik, terasa seperti seorang pharmacy amateur.......namun...tgh2 sedang aku masih di awan awangan berangan, sahabat2 lab aku yg lain semuanya dah nak siap, tapi aku masih ada 2 lagi procedure mixturing yg kene buat....

akupun mula gelabah, dan mula bertindak dgn pantas....sedang seronok2 main campur bahan dalam "pastle and mortar",tgh sedap2 uli bahan kimia, aku mcm terasa aneh kerana hasil yg aku dapat tidak didapati oleh rakan2 ku yg lain......bila semak balik lab manual, rupanya2 ak dah tersalah campur bahan!! arghhh

mmg bukan hari ku pada hari isnin 9 ogos 2010, dah la silap cmpur bahan, aku org yugvterakhir keluar lab tu sbb lmbat siap, kesian mdm siti kene tunggu aku smpai pukul 6 ptg, bru beliau balik..mujur ada samsul, Q, hanafi dan aliff yg sudi meneman dan kemas2 brng......sungguh malang...................................................

setelah selewsai bermunajat kepada Allah (solat asar), aku pon berangkat balik..,setibanya dibilik, terasa amat haus, maka dgn penuh tawakal, akupon beli air dan harap agar hausku Allah hilangkan....masa itu juga hanafi menmpah air dariku,..dan seketika aku ingin mengambil tempahan.............busshhhh~ air sirap limau kegemaran hanafi naip terjatuh...aku sempat selamatkan separuh lagi air itu, alhamdulillah rezeki hanafi masih lagi ada..

sesampainya dibilik, ketika sedang mengemas ngemas meja...tiba tiba.....pishhhhh, air kopi yg aku buat pgi tadi, tpi smpat minum separuh je tertumpah dan mula bermaharaja lela diatas mejaku....maka buku Sukkar:physiology-ku yang sgt mahal terkena kopi..mujurlah sikit je..namun kesan kopi pada buku itu akan menjadi teman belajarku......

dengan hati yg letih dan redha..akupon terus memengsankan diri diatas katil setelah selesai solat maghrib......~
-cerita bersambung-

No comments:

Post a Comment