Assalamualaikum w.B.t
Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, “Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku.” Jawab isterinya, “Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu.” (Muslim)
Manusia dicipta atas 2 sebab; 1) beribadah kepada Allah, 2) menjadi khalifah Allah.
Segala perkerjaan yang dilakukan sekira niatnya adalah kerana Allah dan tidak melanggar mana2 hukum syarak adalah ibadah..namun, SOLAT adalah perkerjaan kita yang SEBENAR...sekiranya seorng pelajar sgt risau jika lewat ke kelas, dan rela bergegas untuk pergi dgn seawal mungkin....dan seorang pekerja rela bangkit awal sebelum subuh untuk bergegas ke ofisnya,takut-takut kene pecat dgn 'boss' atas sebab kelewatan...maka amat TIDAK WAJAR jika kita membiarkan segala usaha2 untuk tidak dimarahi oleh cikgu atau 'boss' mengatasi usaha untuk tidak melalaikan solat sekalipun melambatkan solat fardhu kerana HANYA PADA ALLAH KITA TAKUT DAN HARAP.....perlu di'set' dalam minda setiap MANUSIA bahawa "KITA DILAHIRKAN UNTUK SOLAT"...sesiapa yang ingin berjaya dalam kerjaya solatnya, maka dia pasti akan cuba yang terbaik dengan mengawalkan solat, solat berjemaah, berwudhuk dengan sempurna dan melakukan solat mengikut cara Baginda Rasulullah s.a.w...
Semoga berjaya muslimin & muslimat sekalian!
berkejarlah kamu untuk syurga Allah, dengan mencari redha-Nya..
No comments:
Post a Comment